ASSALAM ALAIKUM

ASSALAM ALAIKUM AND WELCOME TO MY BLOG!
Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa s0hbihi ajma'in... :)

There's a lot of people nowadays want to be healthy and beautiful.

Here, some products I brought to you,

so we can together be a beautiful and healthy person !

All of the products are originally from Hai-O group.

for futher information,

sms azuma : zero - one - three - 297 - zero - 836

or wass app azuma : zero - one - three - 340 -8305

Wednesday, October 30, 2013

BioCleanz Multi Purpose Spray

BISMILLAH... :)

Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa s0hbihi ajma'in... :)


BioCleanz Multi Purpose Spray 500ml
Sangat sesuai digunakan untuk membersih serta mensterilkan bahagian-bahagian atau tempat-tempat yang sukar dibersihkan ataupun sensitif. Pelbagai kegunaan Multi Purpose Spray adalah seperti:
  • Membersih serta mengharumkan tingkap dan peralatan kayu seperti perabot
  • Membersih serta menyegarkan haiwan peliharaan
  • Membersih serta mengharumkan kawasan dalaman rumah, pejabat, bilik mandi dan ruangan lain dengan cara membasmi bau busuk
  • Menyegarkan baju, kain dan pakaian
  • Membersihkan peralatan rumah yang sukar dan sensitif seperti ketuhar dan ketuhar gelombang mikro
  • Menghalang pertumbuhan kulat yang menyebabkan bau hapak
  • Membersihkan barangan perhiasan diri seperti barangan kemas, jam tangan dan sebagainya 
  • Menyegarkan serta mensterilkan kasut


Siri produk penjagaan rumah BioCleanz dengan Ekstrak Sea Ion:
  • Tidak mengandungi bahan-bahan toksik
  • Tidak mengandungi ejen pengawet
  • Tidak mengandungi ejen pembuih yang berbahaya
  • Tiada bahan petrokimia yang memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar
  • Diperbuat daripada wangian semulajadi
  • Diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula dan mesra alam
  • Mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, pembasmian kuman dan pensterilan yang hebat
Ujian mudah untuk memastikan sama ada bahan pencuci/pembersih tersebut diperbuat daripada bahan petrokimia ataupun bahan semulajadi
Anda boleh memastikannya dengan satu langkah mudah iaitu “Pembakaran”. Letakkan beberapa titis pembersih ke dalam sudu besi dan bakar sudu tersebut dengan menggunakan pemetik api. Sekiranya pencuci tersebut terbakar dan mengeluarkan bau busuk serta asap hitam ataupun terbakar secara serta-merta, maka pembersih tersebut adalah  pembersih berasaskan bahan petrokimia.

BioCleanz: Rangkaian Produk Penjagaan Rumah Berasaskan Ekstrak Sea IonApakah itu Ekstrak Sea Ion?
Sea Ion adalah garam laut likat yang diperoleh melalui proses pengekstrakan khas yang menghasilkan garam bermineral tinggi. Ia bebas daripada bahan-bahan pencemar seperti petrokimia, bahan pengawet, agen pembuih, pewangi dan pigmen. Siri produk penjagaan rumah BioCleanz adalah komited dalam  menjaga kesihatan sejagat dengan menawarkan produk pembersih yang bebas daripada bahan beracun, bersifat anti-bakteria serta memelihara alam sekitar.

Penemuan Sea Ion mendapat anugerah Pensijilan Eco daripada Persidangan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Pertubuhan Kesihatan Perikatan WFPHA 2000 yang dianggotai oleh Taiwan, Singapura, China, Hong Kong, dan Jepun yang dibentuk semenjak tahun 1995. Sea Ion juga lulus dalam pemeriksaan piawaian EU (kategori gred makanan) serta disahkan sebagai pencuci mesra alam. Penghasilan Sea Ion telah digabungkan dengan teknologi pengekstrakan mentah oleh Pejabat Penyelidikan Eropah dan Amerika Syarikat sejak tahun 1991.
CARA PENGGUNAAN
Untuk membasmi bau busuk / hapak: Sembur pada tempat / ruang yang berbau untuk menghindarkan bau busuk.

Untuk pembersihan umum: Sembur pada tempat / barang yang perlu disterilkan / dibersihkan, kemudian lap / bilas / basuh dengan air bersuhu bilik.
TIDAK SESUAI UNTUK..
1. Kereta yang dimana catnya sudah lusuh atau bahan besi yang berkarat
2. Barangan kemas palsu atau barangan perhiasan yang mudah rosak
3. Kain-kain atau baju dengan warna yang mudah dilunturkan
4. Barangan yang diperbuat dengan kulit tiruan (faux leather)
HARGA : RM 35 
POS : RM7

No comments:

Post a Comment